welcome

if you think this life is too bored, overlook all around you... is there anything else other than you or you are the only one in your own world? explore the world that are full with chemistry, then you will find that this life is interesting...

Sunday, October 24, 2010

my song




THE ROAD I TAKEN


Aku hanyalah manusia biasa, insan yang sering kali melakukan kesilapan, sering alpa dan terleka. Namun, aku percaya bahawa kegagalan dalam sesuatu perkara adalah pembelajaran yang terbaik untuk setiap orang. Jika tidak pernah terjatuh, kita tidak akan merasa kegembiraan apabila berjaya bangun kembali, malah mampu megorak langkah dengan lebih pantas kerana kita yakin di penghujung jalan ada destinasi yang ingin kita tujui.
Kini, aku sedang mengharungi perjalanan sebagai mahasiswi UPSI yang juga merupakan bakal pendidik generasi masa hadapan. Langkah yang kuambil ini walaupun mungkin nampak mudah, namun terasa berat tanggungjawab yang harus kugalas kerana jika tersasul langkahku, maka generasi demi generasi akan merasa bahananya. Oleh itu, aku harus teliti dan tepat dalam mengatur strategi.
Perjalanan aku di sini yang telah mengambil masa selama setahun setengah memerlukan masa dua tahun setengah lagi untuk aku meneruskan perjalanan sebagai mahasiswi. Seterusnya, aku akan menjalankan tanggunjawab sebagai pendidik di sekolah.
Kenapa aku memilih kimia? Minatku pada matapelajaran kimia bermula di kolej matrikulasi. Pada ketika itu, aku mula menyedari bahawa matapelajaran kimia merupakan satu matapelajaran yang menarik dan dan sangat berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Misalnya, zwitter ion yang merupakan sebatian yang mempunyai cas positif dan juga cas negatif. Sedangkan dalam diri manusia itu sendiri ada sifat yang positif dan juga sifat negatif. Di kolej matrikulasi dahulu, rakan-rakan sekelasku memanggilku dengan gelaran zwitter kerana aku menjadi pelajar yang baik di kelas tetapi aku menjadi pelajar yang nakal di asrama. Hal ini bukanlah kerana lakonan yang cuba aku tampilkan tetapi kerana sudah fitrah manusia itu memiliki kelebihan dan kelemahan tetapi ditonjolkan megikut situasi yang berbeza.
Mengapa aku memilih kerjaya sebagai pendidik? Kerana aku melihat dari perspektifku, ada orang yang berjaya menjadi doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Tetapi semua kejayaan itu adalah lahir daripada seorang guru biasa yang mendidik dengan sedaya upaya secara luar biasa. Hasratku adalah untuk melahirkan generasi yang berjaya serta merawat masalah remaja yang kian menular dalam masyarakat pada hari ini.

Thursday, October 21, 2010

SIMULATION

Simulation is the imitation of some real thing, state of affairs, or process. The act of simulating something generally entails representing certain key characteristics or behaviours of a selected physical or abstract system.Simulation can be used to show the eventual real effects of alternative conditions and courses of action. Simulation is also used when the real system cannot be engaged, because it may not be accessible, or it may be dangerous or unacceptable to engage, or it is being designed but not yet built, or it may simply not exist [2]. The simulation software help to increase the understanding of student in learning process by showing them the animation of the process.

CAMSTUDIO refleksi

Pembelajaran camstudio merupakan satu pembelajaran yang sangat berguna kepada kami sebagai para pendididk kerana aplikasi ini merupakan salah satu kaedah bantuan mengajar. Kaedah ini akan sangat berguna untuk menerangkan sesuatu konsep yang memerlukan penerangan yang disertai bersama animasi untuk memudahkan pemahaman para pelajar. Selain itu, kaedah ini dapat digunakan untuk pembelajaran tanpa bersuamuka di mana guru mungkin boleh memuat naik video ini untuk para pelajar belajar sendiri dan cuba memahami konsep tersebut di rumah.

Wednesday, October 20, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN DIRI

Dalam menongkah arus hidup sebagai mahasiswi yang merupakan bakal pendidik anak bangsa pada masa hadapan, aku harus melengkapkan diri dengan segala ilmu dan membina kekuatan dalaman bagi mengharungi segala macam cabaran yang mendatang. Aku harus berusaha, tidak mudah berputus asa demi mengejar cita dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul. Amanah sebagai hamba-Nya, melaksanakan segala perintah dan suruhanNya, amanah sebagai seorang anak, amanah sebagai pelajar dan amanah sebagai bakal pendidik yang berwawasan.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia,
 berpandangan progresif dan saintifik,
 bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
 menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.